Pembangunan profesional berterusan · PEHAM Malaysia

Kursus CPD Hartanah
Continuing Professional Development

Kemas kini pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional anda bersama PEHAM. Semak jadual program CPD terkini dan daftar terus melalui PEHAM Event.

Untuk pengamal hartanahSesuai untuk perunding, ejen dan profesional industri hartanah.
Mata CPD dinyatakanSetiap program memaparkan mata CPD (jika ada) dalam butiran event.
Jadual automatikSesi dan pendaftaran dikemas kini melalui PEHAM Event.

Pengenalan

Apa itu program CPD PEHAM?

Continuing Professional Development (CPD) ialah program pembangunan profesional berterusan yang membantu pengamal industri hartanah kekal terkini dengan perkembangan pasaran, undang-undang, etika dan amalan terbaik.

PEHAM menganjurkan seminar, bengkel dan kursus CPD sepanjang tahun. Mata CPD bagi setiap program dinyatakan dalam butiran event, tertakluk kepada pengiktirafan pihak berkuasa yang berkaitan.

Siapa sesuai menyertai?

Perunding harta tanah, ejen dan profesional industri hartanah yang ingin meningkatkan kompetensi atau mengumpul mata CPD.

CPD tidak sama dengan RRP

RRP (REN Renewal Programme) ialah program khusus untuk pembaharuan REN. Program CPD pula untuk pembangunan profesional berterusan. Semak keperluan anda sebelum mendaftar.

Jadual langsung dari PEHAM Event

Jadual Program CPD & Pendaftaran

Senarai ini ditapis automatik daripada kategori CPD dalam PEHAM Event. Setiap program mempunyai pautan pendaftaran sendiri; tarikh, tempat, yuran dan mata CPD tertakluk kepada maklumat event semasa.

Lihat semua event

Soalan lazim

FAQ Program CPD

Berapakah mata CPD bagi setiap program?

Mata CPD (jika ada) dinyatakan dalam butiran setiap event. Klik program pilihan dalam jadual di atas untuk maklumat penuh.

Adakah saya akan menerima sijil?

Sijil penyertaan dikeluarkan mengikut ketetapan setiap program, biasanya selepas kehadiran disahkan. Sijil boleh dimuat turun melalui pautan yang dihantar atau di Portal Ahli PEHAM.

Adakah ahli PEHAM mendapat harga istimewa?

Kebanyakan program menawarkan harga ahli. Harga ahli dan bukan ahli dipaparkan pada halaman pendaftaran setiap event.

Bagaimana jika program yang saya mahu sudah penuh?

Sesetengah program membuka senarai menunggu. Anda juga boleh melanggan makluman event baharu di halaman Kalendar Program PEHAM.

PROGRAM & LATIHAN PEHAM

Terokai kursus dan program lain