KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PERUNDING HARTANAH MUSLIM MALAYSIA (PEHAM) KE MALAYSIAN INSTITUTE OF ESTATE AGENTS (MIEA)
Petaling Jaya, 29 Julai 2024 – Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA). PEHAM diketuai oleh Sr Idzwan Izuddin Shah Haji Ishak selaku Presiden PEHAM bersama 6 exco PEHAM.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membalas kunjungan hormat MIEA serta mengukuhkan hubungan erat dan mengenalpasti ruang kerjasama di antara kedua belah pihak
Dalam kunjungan hormat tersebut, Mr Tan Kian Aun Presiden MIEA telah berkongsi pengalaman sepanjang penubuhan MIEA serta aktiviti yang di lakukan oleh MIEA. Selain itu, pihak PEHAM juga turut di bawa untuk melawat sekitar pejabat.
Kunjungan hormat diakhiri dengan acara pertukaran cenderahati dan sesi bergambar. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mr. Tan Kian Aun dan MIEA atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.