Sekretariat PEHAM: 011-27118780

Futsal PEHAM 2019

KEJOHANAN FUTSAL PIALA PRESIDEN PEHAM 2019

Tarikh : 7 September 2019 (Sabtu)
Masa : 8 Pagi hingga 5 petang
Tempat : Gelanggang Futsal UPTOWN SPORTS, Bangi🥅
Dirasmikan oleh : Tn Hj Sr Ishak bin Ismail (Presiden PEHAM)

Penyertaan : Terhad 32 pasukan sahaja !⚽⚽⚽

*Format dan Syarat² Kejohanan*
1. Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan dan kalah singkir. Pasukan akan di bahagikan kepada 8 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan dan 2 (DUA) pasukan teratas layak ke pusingan kedua.

2. Masa permainan adalah sebanyak 5+1+5 minit (kumpulan) & 7+1+7 (kalah mati)

3. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari LAPAN (8) orang pemain termasuk SATU pegawai/jurulatih/pengurus pasukan yang tidak terdiri daripada pemain sendiri.

4. Pemain-pemain professional yang mempunyai kontrak aktif pada tahun 2019 tidak dibenarkan bermain di dalam liga ini termasuk dan tidak terhad kepada Liga Super, Liga Perdana, Liga M3, Malaysia Premier Futsal League, Liga Futsal Kebangsaan.

5. Pemain WAJIB berdaftar di bawah BOVEA. ID REN (Real Estate Negotiator), PEA (Probationary Estate Agent), REA (Registered Estate Agent), PV (Probationary Valuer), RV (Registered Valuer), PPM (Probationary Property Manager) dan 
PM (Property Manager) tersebut mestilah di bawa bersama semasa hari pertandingan.

6. Pemain digalakkan menutup aurat ketika bermain.

7. Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri selepas pendaftaran, yuran pendaftaran di kira hangus.

8. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang2 Futsal yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA dan FAM

9. Sebarang perselisihan teknikal akan akan diputuskan oleh Penganjur Futsal Piala Presiden PEHAM 2019 berasaskan kepada peraturan-peraturan dari FAM dan FIFA dan keputusan adalah muktamad.

10. Selain dari peraturan yg dinyatakan, pihak penganjur kejohanan adalah berhak meminda peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini..

Yuran penyertaan setiap pasukan sebanyak RM350 !!

*Hadiah*
Johan : RM 3000 + Piala + Medal 🏆
Kedua : RM 1500.00 + Medal🥈
Ketiga : RM 1000.00 + Medal 🥉
Keempat : RM 500.00 + Medal 🎖

Untuk pendaftaran boleh hubungi 👇👇 :
1) wasap.my/60125007094 (Firdaus)
2) wasap.my/60145296210 (Hazwan)

Anjuran Bersama : PEHAM & MH Event Management 🕋