Mesyuarat Khas EGM kali-1 PEHAM MALAYSIA

16 Jun 2022Putrajaya, telah berlangsung sebuah majlis rasmi pembukaan Ibu Pejabat Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia yang bertempat di Presint 15 Diplomatik Putrajaya. Majlis gimik pemotongan reben ini di sempurnakan sendiri oleh Sr Tn Hj.Ishak Bin Ismail selaku Presiden PEHAM.Majlis kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Agung Khas (EGM) kali-1tahun 2022 yang dihadiri oleh seluruh barisan kepimpinan , jawatankuasa serta ahli-ahli peham .beberapa pindaan penting persatuan telah di usulkan bagi kemajuan bersama di masa akan datang.Majlis yang kemudian tamat kira-kira jam 1 tengahari itu di sudahi dengan jamuan makan dan sesi bergambar. “MAJU BERSAMA PEHAM”

TAHNIAH

Seluruh warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang ke-17.

PEHAM MALAYSIA

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 6 Jun 2022, Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H. Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan senantiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:Kepimpinan pusat & Warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia

“MAJU BERSAMA PEHAM”

PROGRAM NCC MELAKA MEI 2022

NCC MELAKABERITA BAIK UNTUK ANDA BAKAL PERUNDING HARTANAH!Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan mengadakan “Negotiator Certification Course (NCC)” pada:-✅ Tarikh : 28 -29 May 2022✅ Hari : Sabtu – Ahad✅ Masa : 9.00 AM – 5.30 PM✅ Lokasi : No 151-1, Jalan Satu Krubong, Taman Satu Krubong 75260 Melakahttps://goo.gl/maps/FHjvV61d7L2T9TZeAYuran : RM600 seorang# Tempat adalah terhad# Daftar Segera di 👇🏻https://peham.onpay.my/order/form/nccpeham018-284 5843 (En Khidir)013-308 3063 (En Faiz)

UCAPAN RAYA AIDILFITRI 1443H TAHUN 2022

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd.

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan akhirnya sekaligus meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera setelah hampir dua tahun berdepan pendemik Covid-19. Saya percaya dan yakin di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi. Menjelang Syawal yang mulia di tahun ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Peham Malaysia dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan 1443H.

Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Runtuhkanlah ‘tembok prasangka’ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Malah saya sentiasa percaya kita semua telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan keluarga yang lain. Insya Allah di atas sokongan semua warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia, saya berharap Syawal yang menjelang tiba bakal menjadi garis permulaan kepada kejayaan yang lebih besar kepada seluruh pemain industri hartanah di Malaysia. Saya percaya hari yang mulia ini memberi ruang kepada kita semua untuk merapatkan lagi jalinan ukhuwah sesama kita yang menjadi asas kepada pembentukan organisasi yang lebih kukuh dan dinamik.

Kepada semua warga Peham Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Jangan jadikan diri dan keluarga menjadi sebahagian statistik kemalangan jalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan sentiasa mematuhi SOP ketika menyambut perayaan.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijriah. Maaf zahir dan batin.

(SR TUAN HAJI ISHAK BIN ISMAIL)

PRESIDEN PERSATUAN PERUNDING HARTANAH MUSLIM

MALAYSIA (PEHAM)

MAJLIS IFTAR PEHAM RAMADHAN 2022