PEHAM Menghadiri Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 oleh NAPIC di INSPEN, Bangi
Hari ini, barisan Exco Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) bersama Presiden telah menghadiri Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Malaysia, yang turut menekankan kepentingan data pasaran hartanah dalam perancangan ekonomi negara.
Laporan yang dibentangkan menunjukkan bahawa pasaran hartanah Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan positif, dengan peningkatan yang kukuh dan konsisten. Malah, data yang dikemukakan mencerminkan salah satu prestasi terbaik dalam tempoh satu dekad terakhir, memberikan gambaran optimistik terhadap pemulihan dan daya tahan sektor hartanah negara.
Sebagai sebuah persatuan yang mewakili perunding hartanah Muslim profesional, PEHAM amat menghargai usaha NAPIC dalam menyediakan laporan pasaran yang komprehensif dan telus. Laporan ini bukan sahaja menjadi rujukan utama bagi pihak industri dan pemegang taruh, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membantu perunding hartanah merancang strategi yang lebih berkesan bagi mendepani cabaran pasaran.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada NAPIC, JPPH, dan Kementerian Kewangan Malaysia atas jemputan ini, serta berharap agar hubungan erat antara industri dan pihak berkuasa berkaitan dapat terus diperkukuhkan demi pembangunan pasaran hartanah yang lebih mampan dan progresif.
Untuk memuat turun Snapshot Laporan Pasaran Harta 2024 boleh klik di pautan ini