Alhamdulillah, pihak Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Property Surveying Division, Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) di Petaling Jaya pada tanggal 16 Januari 2025 yang lalu.
Walaupun ini merupakan pertemuan pertama, ia berlangsung dengan sangat produktif. Banyak idea bernas telah dibincangkan, terutamanya mengenai bagaimana kedua-dua persatuan dan institusi dapat bekerjasama dalam menghadapi cabaran semasa dan memanfaatkan peluang yang ada untuk kebaikan ahli serta seluruh penggiat industri hartanah.
PEHAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi PSD Prof. (I) Sr Hj Mohd Khairudin Abdul Halim, bersama barisan jawatankuasa termasuk Sr Kamarul Eddyhazli, Sr Kuljeet Singh, Sr Hafiz, dan juga Cik Firzana selaku sekretariat, atas layanan yang sangat mesra dan penerimaan yang baik terhadap kunjungan ini.
Kami di PEHAM amat berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan yang kukuh untuk membentuk kerjasama strategik antara PEHAM dan RISM pada masa hadapan. InsyaaAllah, usaha ini akan membawa manfaat besar bukan sahaja kepada ahli-ahli kami, tetapi juga kepada pembangunan industri hartanah secara keseluruhan.
Terima kasih sekali lagi kepada seluruh barisan PSD, RISM. Semoga Allah memberkati usaha ini dan mempermudah perjalanan kita dalam menjayakan pelbagai inisiatif bersama.
Sekian.
Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)