Ucapan Presiden PEHAM Sempena Tahun Baru 2019
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sempena tahun baru 2019 saya selaku Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu. Semoga perjalanan tahun 2019 lebih baik dari tahun sebelumnya.
Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia atau PEHAM ditubuhkan untuk menyatukan seluruh tenaga & suara yang ada di kalangan perunding-perunding hartanah di seluruh negara.
Kita menyedari bahawa hanya dengan kekuatan berpersatuan sahajalah maka kita akan dapat untuk mengangkat suara itu menjadi suara keramat yang akan didengar oleh pembuat dasar dan kita yakini bahawa melalui persatuan ini maka kita akan dapat untuk memastikan bahawa tahap profesionalisme & tahap kualiti setiap perunding-perunding hartanah itu akan dapat dipertingkatkan dari segi amalan mereka, kod etika mereka serta kita berusaha untuk menjadikan karier perunding hartanah ini sebagai karier yang patuh syariah InsyaAllah pada tahun yang mendatang.
Saya menyeru kepada semua perunding-perunding hartanah supaya bersama-sama dengan persatuan ini untuk memastikan bahawa transaksi yang diuruskan nanti akan menjadi satu permulaan kepada pembangunan ekonomi yang mampan & lestari pada tahun 2019 & tahun-tahun yang mendatang InsyaAllah.
Sama-samalah kita bekerja dan berusaha supaya seluruh penduduk & rakyat di negara ini merasakan nikmatnya menggunakan khidmat perunding hartanah yang berkualiti dan patuh syariah InsyaAllah.
Aqulu qauli haza wa astaghfirullah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
TN HJ SR ISHAK BIN ISMAIL
PRESIDEN PEHAM
1 Januari 2019
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!