Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak 1443H

Asalamualaikum Wrt

Alhamdulillah pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia Nya
maka dapatlah kita sekali lagi berpeluang menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan 1443H pada tahun 2022.

Seperti yang diketahui umum bahawa bulan ramadhan yang penuh barokah ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh
seluruh umat islam sedunia, kerana di bulan itulah umat islam telah diperintahkan oleh allah swt agar melaksanakan
rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan, selaras dengan firman allah swt di dalam surah Al-baqarah
ayat 183 “يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman,

diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu menjadi hamba yang
bertaqwa.” TAQWA adalah suatu matlamat yang menjadi idaman kepada seluruh umat islam bagi mencapai kriteria sebagai
hamba Nya yang soleh dan solehah, Berpuasa bukan sahaja bermaksud kita harus menahan diri dari lapar dan dahaga di
siang hari tetapi ianya juga adalah suatu ujian praktikal bagi umat islam melatih dan menahan diri dari melakukan
segala bentuk perbuatan keji dan mungkar samada melalui pandangan mata,pertuturan lisan mahupun pendengaran telinga.
oleh sebab itu kita digalakkan oleh Allah swt agar meningkatkan amalan di bulan ibadah ini dengan mentadabur al-quran
serta berzikir yang secara tidak langsung mampu menyucikan hati dan menghindarkan diri dari segala perasaan hasad
dengki,khianat serta nafsu amarah yang disifatkan sebagai suatu sifat yang amat berbahaya bagi umat manusia.

Bagi pihak Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) kami ingin mengajak seluruh perunding-perunding hartanah
di dalam negara untuk kembali bermuhasabah diri mencari makna yang mendalam erti sebagai seorang muslim, natijah daripada
berpuasa ini kita haruslah kembali kepada fitrah asal dan mendekatkan diri kepada AllAH swt serta memperindahkan hati-hati
kita agar di selaputi bersama aura yang positif supaya ianya menjadi asbab kebaikan dan kemudahan di dalam setiap urusan kerja
harian yang akan dilakukan, ianya selari dengan kehendak agama islam sebagaimana yang telah di perintahkan oleh Allah swt
melalui ibadah berpuasa yang melatih diri agar perbanyakkan bersabar di dalam segala perkara yang di lakukan termasuk menangani
pelbagai karenah manusia mahupun pelanggan ketika berurusan di dalam kerja. Sesungguhnya pekerjaan perunding hartanah ini adalah
suatu pekerjaan yang mulia dan banyak memberi manfaat terhadap masyarakat di luar sana bagi membantu mendapatkan rumah atau
hartanah idaman mereka,oleh itu kita haruslah mengekalkan kualiti, disiplin serta intergriti yang tinggi secara konsisten agar
pekerjaan yang dilakukan ini sentiasa mendapat berkat dari Allah swt.

Peham juga ingin menyeru tuan puan diluar sana untuk meneruskan hasrat berjihad dijalan Allah dengan perbanyakkan
bersedekah serta membantu golongan asnaf fakir miskin atau mereka yang memerlukan, mudah mudahan kita diberikan ganjaran
yang besar oleh Allah swt diatas setiap perbuatan serta amalan murni tersebut. Di kesempatan ini juga bagi pihak Peham
saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada seluruh umat islam seluruh
Malaysia.

Sekian terima Kasih

Sr Tn Hj Ishak Bin Ismail
Presiden PEHAM