SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1443H 2022

Selamat Menyambut Nuzul al-Quran“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”(Surah al-Isra, ayat 9)

PEHAM MALAYSIA

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak 1443H

Asalamualaikum Wrt

Alhamdulillah pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia Nya
maka dapatlah kita sekali lagi berpeluang menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan 1443H pada tahun 2022.

Seperti yang diketahui umum bahawa bulan ramadhan yang penuh barokah ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh
seluruh umat islam sedunia, kerana di bulan itulah umat islam telah diperintahkan oleh allah swt agar melaksanakan
rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan, selaras dengan firman allah swt di dalam surah Al-baqarah
ayat 183 “يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman,

diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu menjadi hamba yang
bertaqwa.” TAQWA adalah suatu matlamat yang menjadi idaman kepada seluruh umat islam bagi mencapai kriteria sebagai
hamba Nya yang soleh dan solehah, Berpuasa bukan sahaja bermaksud kita harus menahan diri dari lapar dan dahaga di
siang hari tetapi ianya juga adalah suatu ujian praktikal bagi umat islam melatih dan menahan diri dari melakukan
segala bentuk perbuatan keji dan mungkar samada melalui pandangan mata,pertuturan lisan mahupun pendengaran telinga.
oleh sebab itu kita digalakkan oleh Allah swt agar meningkatkan amalan di bulan ibadah ini dengan mentadabur al-quran
serta berzikir yang secara tidak langsung mampu menyucikan hati dan menghindarkan diri dari segala perasaan hasad
dengki,khianat serta nafsu amarah yang disifatkan sebagai suatu sifat yang amat berbahaya bagi umat manusia.

Bagi pihak Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) kami ingin mengajak seluruh perunding-perunding hartanah
di dalam negara untuk kembali bermuhasabah diri mencari makna yang mendalam erti sebagai seorang muslim, natijah daripada
berpuasa ini kita haruslah kembali kepada fitrah asal dan mendekatkan diri kepada AllAH swt serta memperindahkan hati-hati
kita agar di selaputi bersama aura yang positif supaya ianya menjadi asbab kebaikan dan kemudahan di dalam setiap urusan kerja
harian yang akan dilakukan, ianya selari dengan kehendak agama islam sebagaimana yang telah di perintahkan oleh Allah swt
melalui ibadah berpuasa yang melatih diri agar perbanyakkan bersabar di dalam segala perkara yang di lakukan termasuk menangani
pelbagai karenah manusia mahupun pelanggan ketika berurusan di dalam kerja. Sesungguhnya pekerjaan perunding hartanah ini adalah
suatu pekerjaan yang mulia dan banyak memberi manfaat terhadap masyarakat di luar sana bagi membantu mendapatkan rumah atau
hartanah idaman mereka,oleh itu kita haruslah mengekalkan kualiti, disiplin serta intergriti yang tinggi secara konsisten agar
pekerjaan yang dilakukan ini sentiasa mendapat berkat dari Allah swt.

Peham juga ingin menyeru tuan puan diluar sana untuk meneruskan hasrat berjihad dijalan Allah dengan perbanyakkan
bersedekah serta membantu golongan asnaf fakir miskin atau mereka yang memerlukan, mudah mudahan kita diberikan ganjaran
yang besar oleh Allah swt diatas setiap perbuatan serta amalan murni tersebut. Di kesempatan ini juga bagi pihak Peham
saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada seluruh umat islam seluruh
Malaysia.

Sekian terima Kasih

Sr Tn Hj Ishak Bin Ismail
Presiden PEHAM

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak 1441H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1441H kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan kesulitan.

SALAM RAMADHAN 1441H

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Ucapan Presiden PEHAM Sempena Tahun Baru 2020

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua para pendukung dan pejuang hartanah yang dihormati sekalian. Kita akan menyambut tahun baru 2020 pada esok hari, saya selaku Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru.

Saya ingin mengajak diri saya dan semua para pejuang sekalian untuk kita memperbaharui visi dan misi kita. Tentunya idaman kita adalah untuk menjadi hamba Allah yang diredhai di dunia dan akhirat dan harapan besar kita adalah semoga kita dapat bertemu dengan Allah S.W.T. di syurga nanti.

Tentunya membawa visi yang besar ini, maka kita harus menggandakan usaha untuk kita memberi yang terbaik dalam hidup ini. Insyaallah saya yakin bahawa nilai-nilai universal, jujur, tanggungjawab, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin tentunya merupakan nilai yang perlu kita hidupkan untuk menghadapi tahun 2020 dan segala rintangan, ujian dan ombak yang mungkin membadai pada tahun 2020 ini.

Maka saya mengajak diri saya dan semua sahabat2 sekalian untuk memastikan karakter kita dibina dengan keyakinan yang teguh, keberanian yang tinggi dan mempunyai sifat kesabaran dan rasa syukur terhadap Ilahi.

Insyaallah kita bentuk semua ini melalui mekanisma yang telah pun siap disediakan kepada kita melalui solat, puasa, zakat dan juga ajakan untuk kita mengerjakan haji. Jadi saya berharap supaya pada tahun 2020 ini merupakan tahun kejayaan buat semua, pastikan supaya kita melengkapkan perancangan tahunan kita dengan kemas dan perancangan itu adalah perancangan yang boleh diukur dengan jelas dan teruskan tindakan dengan berkesan, adakan senarai semak kerja setiap hari sebelum memulakan kerja dan pastikan perkhidmatan kita lebih baik serta dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan-pelanggan kita.

Selamat menyambut Tahun Baru 2020, sinar kebahagian menanti anda insyaallah.

Tuan Haji Sr Ishak Ismail -Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia-

“Maju Bersama PEHAM”

Ucapan Aidilfitri 1440H/2019M Presiden PEHAM

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M oleh Sr Tn Hj Ishak bin Ismail, Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)