𝐏𝐄𝐇𝐀𝐌, 𝐑𝐞𝐧𝐬𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐞𝐬 & 𝐊𝐢𝐝𝐝𝐨𝐤𝐨𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐜𝐡𝐞𝐧 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭

Alhamdulillah, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia – PEHAM dengan kerjasama Renstar Properties dan Kiddokoi Kitchen berpeluang menyantuni anak-anak yatim serta penduduk setempat dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Sultan Hisamudin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

Majlis ini dihadiri oleh anak-anak yatim dari sekitar Hulu Langat serta komuniti setempat, yang bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana penuh kebersamaan dan keberkatan.

Segala perancangan berjalan lancar, dan kami berharap sumbangan ini mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan majlis ini.

#MajuBersamaPEHAM