๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ข ๐†๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐‘๐ข๐ช๐š๐› ๐๐ข ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐”๐ค๐ก๐ฎ๐ฐ๐š๐ก: ๐Š๐จ๐ฅ๐š๐›๐จ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐†๐“๐† ๐„๐ฆ๐ฉ๐ข๐ซ๐ž, ๐‚๐ก๐ž๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ซ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ž๐ฌ & ๐๐„๐‡๐€๐Œ

Pada Sabtu lepas 22 Mac yang penuh barakah dalam bulan Ramadan, wakil-wakil dari GTG Empire, Chester Properties dan PEHAM telah berpeluang menziarahi Rumah Darul Ukhuwah, sebuah pusat kebajikan yang menjadi tempat berteduh bagi pesakit HIV Muslim โ€” termasuk yang terlantar (bed-ridden) โ€” tanpa mengira latar belakang, secara percuma.

Darul Ukhuwah yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Ustaz Amin adalah sebuah usaha luar biasa. Ia lahir dari rasa tanggungjawab dan simpati beliau terhadap nasib golongan ini yang sebelum itu ada yang terpaksa berteduh di gereja kerana tiada tempat perlindungan lain.

Kisah ini bermula apabila Ustaz Amin dijemput menyampaikan ceramah kepada mereka. Hatinya terkesan hingga beliau membuat keputusan besar untuk membina Darul Ukhuwah โ€” yang asalnya sebuah sekolah tahfiz, namun Allah gerakkan untuk menjadi tempat perlindungan kepada golongan ini.

Pada tahun 2021, ketika banjir besar melanda, pesakit-pesakit yang terlantar berjaya dipindahkan ke tingkat dua, hasil daripada reka bentuk bangunan asalnya. Semua ini adalah hikmah dari perancangan Ilahi yang luar biasa.

Kisah perjuangan ini turut dikongsikan oleh Ustaz Amin dalam blog beliau: https://www.ustazamin.com/…/universiti-kehidupan-94

Mengikut ketetapan Majlis Fatwa, warga Darul Ukhuwah tergolong dalam asnaf al-Riqab dan layak menerima zakat.

Alhamdulillah, kami berpeluang menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak, biskut, pampers dewasa serta sumbangan kewangan kepada Yayasan Al-Amin untuk pembelian vitamin dan ubat-ubatan tambahan.

Terima kasih Ustaz Amin atas penerimaan yang penuh mesra. Semoga lebih ramai yang cakna dan bersama menyantuni golongan ini.

โ€œSesungguhnya dalam rezeki kita, ada bahagian untuk mereka yang memerlukan.โ€

#majubersamapeham

#GTGEmpire

#ChesterProperties