NOTIFIKASI PENTING TENTANG PEMBAHARUAN REN TAG BAGI TAHUN 2024❗
.
📝 Tarikh tamat REN Tag & kewajipan memperbaharui REN Tag
1️⃣ REN Tag bagi setiap Perunding Hartanah akan tamat pada 31hb Disember setiap tahun
2️⃣ Adalah menjadi tanggung jawab semua Ejen Hartanah Berdaftar bagi memastikan semua Perunding Hartanah (REN) di bawah seliaan masing-masing diperbaharui setiap tahun.
.
📝 Syarat untuk memperbaharui REN Tag bagi tahun 2024
1️⃣ Perlu hadir kursus CDP sebelum 31hb Disember 2023
2️⃣ REN perlu serah sijil CDP kepada Principal / ejensi masing-masing
3️⃣ Principal perlu membuat permohonan untuk memperbaharui REN Tag bagi REN dibawah seliaan masing-masing melalui B.I.S sistem
4️⃣ Sijil CDP perlu dilampirkan sewaktu permohonan pembaharuan REN Tag dibuat
5️⃣ Permohonan pembaharuan REN Tag mesti dibuat oleh Principal / Ejensi dalam tempoh 1 Disember 2023 hingga 31 Mac 2024
6️⃣ Semua REN Tag yang telah tamat tempoh perlu dipulangkan kepada LPEPH sewaktu REN Tag yang baru (2024) hendak diambil nanti
❗Kegagalan menghadiri kursus CDP sebelum 31 Disember 2023 akan menyebabkan REN perlu menghadiri kursus NCC semula jika ingin terus praktis sebagai REN bagi tahun 2024
❗Kegagalan Principal / Ejensi untuk membuat permohonan pembaharuan pendaftaran bagi REN masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan akan juga menyebabkan REN perlu menghadiri kursus NCC semula (walaupun REN telah menghadiri kursus CDP dalam tahun 2023) jika ingin terus praktis sebagai REN bagi tahun 2024;
❗ Perunding Hartanah (REN) yang telah gagal memperbaharui REN Tag pada tahun 2023 sebelum 31 Mac 2023 yang lalu dikehendaki menduduki semula kursus NCC sebelum boleh didaftarkan semula sebagai REN dan membuat proses permohonan bagi pembaharuan REN Tag bagi tahun 2024;
.
📝Siapa yang perlu hadiri kursus CDP tahun 2023 ini?
1️⃣ Perunding Hartanah yang REN Tag nya akan tamat pada 31 Disember 2023;
2️⃣ Perunding Hartanah yang tidak memperbaharui REN Tag mereka bagi tahun 2023 sebelum 31 Mac yang lalu (REN Tag telah tamat pada 31 Disember 2022) dan mereka telah didaftarkan semula sebagai REN di dalam B.I.S dalam tahun 2023 dengan menghadiri kursus NCC semula.
.
📝 Siapa yang TIDAK perlu hadiri kursus CDP tahun 2023?
1️⃣ Perunding Hartanah (REN) yang didaftarkan di dalam B.I.S dalam tempoh 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023 – mereka akan mendapat REN Tag dengan tarikh tamat pada 31 Disember 2024
2️⃣ Perunding Hartanah (REN) yang TIDAK ingin memperbaharui REN Tag dan TIDAK ingin lagi praktis sebagai REN dalam tahun 2024
3️⃣ Perunding Hartanah (REN) yang mempunyai REN Tag yang telah tamat tempoh pada tahun 31 Disember 2022 atau sebelumnya & belum menduduki kursus NCC semula
.
📝Maklumat tentang kursus CDP
1️⃣ Dianjurkan oleh persatuan – persatuan & institusi – institusi professional yang telah diiktiraf oleh LPEPH,
2️⃣ Tarikh penganjuran CDP oleh seluruh persatuan/ institusi ialah sehingga 31 Disember 2023 sahaja,
3️⃣ PEHAM merupakan salah satu persatuan professional yang dilantik Oleh LPEPH untuk menganjurkan CDP pada tahun ini,
4️⃣ Untuk menyemak senarai penganjuran kursus CDP oleh PEHAM & membuat pendaftaran ke CDP sila klik di bawah:
.
📝 Nama REN dalam B.I.S & pada kad nama
1️⃣ Ejen Hartanah Berdaftar hendaklah mendaftarkan nama REN mereka di dalam B.I.S mengikut ejaan nama sebenar seperti di dalam kad pengenalan;
2️⃣ Penggunaan Nama singkatan / “nick name” juga adalah dibenarkan tetapi perlu didaftar di dalam B.I.S terlebih dahulu di bawah ruangan “other name” dan penggunaan nama pada kad nama (name card) mestilah sama seperti yang telah didaftarkan di dalam B.I.S.
Terima kasih.
.
Maju bersama PEHAM