Rangkuman Konvensyen Hartanah (KOHARTA) 2019
Alhamdulillah Konvensyen Hartanah (KOHARTA) 2019 telah selesai dianjurkan pada 3 Ogos 2019 bertempat di Dewan Jubli Institut Penilaian Negara (INSPEN). Para pembentang yang terlibat ialah:
- Tn Hj Sr Ishak bin Ismail, Presiden PEHAM
- Sr Gs Md Badrul Hisham Awang, Pengarah NAPIC
- Tn Hj Zulkunain Hassan, CEO Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
- Encik Ho Chin Soon, Chairman Ho Chin Soon Research Sdn Bhd
- Encik Faizul Ridzuan, CEO Far Capital
- Encik Ahyat Ishak, Pengasas Pejuang Hartanah
KOHARTA 2019 yang juga menawarkan 5 mata CPD kepada individu yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia ini dihadiri hampir 300 orang peserta yang terdiri dari pelbagai organisasi kerajaan & swasta.
Para peserta telah memberikan maklumbalas positif dari penganjuran KOHARTA 2019 ini. InsyaAllah PEHAM akan menganjurkan lagi KOHARTA edisi tahun depan & aktiviti-aktiviti seumpamanya demi manfaat bersama untuk anda di dalam industri hartanah yang kita sayangi ini.
Maju Bersama PEHAM!