Rahsia Bisnes Jutawan Servis Hartanah

Bismillah. Saya sering ditanya dan diminta berkongsi rahsia bagaimana ingin berjaya sebagai perunding hartanah di Malaysia.

Saya jawab; jadilah seorang yang PAKAR (Expert). 

Customer hanya ingin berurusan dengan seorang pakar~nothing less! Bidang hartanah ni sangat kompleks samada dari sudut undang-undang, proses, prosedur, nilai, kos, harga, lokasi, perancangan dan sebagainya.

Dinamika yang pantas amat memerlukan seorang yang mahir untuk memberi guide dan tunjukajar supaya tiada penipuan dan kesilapan dalam penjualan atau pembelian.

Nak jadi pakar; asasnya ilmu, praktis berterusan dan istiqamah atau cekal bergelumang disetiap penjuru bidang hartanah ini. Belajar dan terus belajar. Network disana sini. Jujur dan ikhlas. Itulah etika dan displin usahawan hartanah. Segala selok belok dalam genggaman mindanya. 

Seorang yang pakar sangat pantas bertindak dan sangat berhati-hati dalam butiran percakapan, tulisan atau perbuatannya. Code of conduct yang profesional.

Seorang yang pakar, dia tahu setiap yang berlaku dalam kawasan jajahannya. Dia bijak memberikan jalan penyelesaian. Dia selalu tersenyum bila memberi khidmatnya kepada orang ramai. Dia fokus dan suka membuat orang gembira dan berjaya diakhir transaksi.

Jadilah seorang pakar yang berintegriti dan profesional. 

Be a PRO MUKMIN!

Tn Hj. Sr. Ishak Ismail
Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)
Founder IM Global Property Consultants Sdn Bhd

*Jom hadir ke AGM PEHAM 27 Dec ni di Kelab Tasik Putrajaya jam 9 pagi*

RSVP : 011-6202 9983
sekreteriat.peham@gmail.com

#peham
#majubersamapeham
#gopromukmin

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *