Mesyuarat Agung Tahunan PEHAM Ke-7

Dengan sukacita dimaklumkan Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 seperti berikut.

Tarikh: 16 September 2021 (Khamis)
Masa: Bermula 9.45 pagi
Medium: Zoom Cloud Meeting

Semua ahli dijemput hadir.

Pendaftaran : https://bit.ly/38WQd7X

Bengkel Grafik Canva Pro

TAK MAHIR NAK BUAT POSTER? SUSAH LA NAK BUAT DESIGN NI….

Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) membawakan BENGKEL GRAFIK CANVA PRO kepada semua ahli persatuan dan terbuka juga untuk pemain industri hartanah yang lain. Webinar kali ini PEHAM menjemput Ts Mohd Izuddin Ismail dari Tarbiah Kreatif untuk berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan topik ini dengan tutorial secara hands on..

Selain itu, peserta juga akan mendapat SIJIL PENYERTAAN & akaun canva pro selama setahun bernilai RM499 SECARA PERCUMA!!!

JOM DAFTAR CEPAT https://bit.ly/3lthKFk.

Pendaftaran untuk webinar mengikut kategori adalah seperti berikut:

1. Ahli PEHAM – RM80/pax
2. Bukan Ahli/Terbuka – RM100/pax
3. 3 CPD Point – RM120/pax.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat PEHAM di talian 011-27118780

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6 (PEHAM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM).

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 (PEHAM) akan berlangsung pada :

Tarikh : 29 September 2020 (Selasa)

Masa : 8.00pg – 1.00ptg

Tempat : Kelab Tasik Putrajaya.

InsyaAllah Presiden PEHAM sendiri akan berkongsi berkenaan persediaan kita sebagai REN/PEA/REA dalam menghadapi Pasca Moratorium yang bakai kita lalui sedikit masa lagi.

GRAND PRICE Lucky Draw kita tahun ni pula merupakan Mountain Bike Veego + Shimano Gear 🤩

Sama-sama kita meriahkan majlis AGM kali ini. Mana tau boleh bawak balik basikal 😬

Jumpa esok ya semua.

Terima Kasih.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Webinar Ujian Kecekapan Profesional (Test of Professional Competence – TPC) untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar

Telah selesai sesi Estate Agent TPC Webinar oleh PEHAM pada 18 Mei 2020 bersama rakan-rakan PEA dari pelbagai agensi. Moga apa yang disampaikan memberi manfaat kepada semua, dan selamat berjaya kepada semua bakal REA😉

Jumpa lagi dalam webinar TPC bahagian 2 yang akan datang.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Negotiator’s Certification Course di Shah Alam

Telah berlangsung Negotiator’s Certification Course by PEHAM di Real Property, Shah Alam pada 14 dan 15 Mac 2020.

Semoga ilmu yang dicurahkan bermanfaat untuk semua bakal-bakal REN ini nanti.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak 1441H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1441H kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan kesulitan.

SALAM RAMADHAN 1441H

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Negotiator’s Certification Course di Temerloh

Alhamdulillah selesai Negotiator Certification Course by PEHAM selama 2 hari di Temerloh, Pahang.

Ia berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Mac 2020

Moga beroleh ilmu yang bermanfaat, dan didoakan semoga maju jaya InsyaAllah.

“MAJU BERSAMA PEHAM”