Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah,Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 6 Jun 2022, Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H. Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan senantiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya.

Sembah takzim daripada:Kepimpinan pusat & Warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia

“MAJU BERSAMA PEHAM”

PROGRAM NCC MELAKA MEI 2022

NCC MELAKABERITA BAIK UNTUK ANDA BAKAL PERUNDING HARTANAH!Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan mengadakan “Negotiator Certification Course (NCC)” pada:-โœ… Tarikh : 28 -29 May 2022โœ… Hari : Sabtu – Ahadโœ… Masa : 9.00 AM – 5.30 PMโœ… Lokasi : No 151-1, Jalan Satu Krubong, Taman Satu Krubong 75260 Melakahttps://goo.gl/maps/FHjvV61d7L2T9TZeAYuran : RM600 seorang# Tempat adalah terhad# Daftar Segera di ๐Ÿ‘‡๐Ÿปhttps://peham.onpay.my/order/form/nccpeham018-284 5843 (En Khidir)013-308 3063 (En Faiz)

UCAPAN RAYA AIDILFITRI 1443H TAHUN 2022

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Hil Hamd.

Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua sekali lagi pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan akhirnya sekaligus meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera setelah hampir dua tahun berdepan pendemik Covid-19. Saya percaya dan yakin di mana sahaja umat Islam berada, pasti akan merasai getaran takbir menyentuh jiwa mengagungkan kebesaran Illahi. Menjelang Syawal yang mulia di tahun ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Peham Malaysia dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di madrasah Ramadan 1443H.

Sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita. Runtuhkanlah โ€˜tembok prasangkaโ€™ dan bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Malah saya sentiasa percaya kita semua telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan keluarga yang lain. Insya Allah di atas sokongan semua warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia, saya berharap Syawal yang menjelang tiba bakal menjadi garis permulaan kepada kejayaan yang lebih besar kepada seluruh pemain industri hartanah di Malaysia. Saya percaya hari yang mulia ini memberi ruang kepada kita semua untuk merapatkan lagi jalinan ukhuwah sesama kita yang menjadi asas kepada pembentukan organisasi yang lebih kukuh dan dinamik.

Kepada semua warga Peham Malaysia yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Patuhilah undang-undang lalulintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Jangan jadikan diri dan keluarga menjadi sebahagian statistik kemalangan jalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan sentiasa mematuhi SOP ketika menyambut perayaan.

Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijriah. Maaf zahir dan batin.

(SR TUAN HAJI ISHAK BIN ISMAIL)

PRESIDEN PERSATUAN PERUNDING HARTANAH MUSLIM

MALAYSIA (PEHAM)

MAJLIS IFTAR PEHAM RAMADHAN 2022

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1443H 2022

Selamat Menyambut Nuzul al-Quranโ€œSesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.โ€(Surah al-Isra, ayat 9)

PEHAM MALAYSIA

NCC 21-22 MAY 2022 (BANGI/PUTRAJAYA)

NCC BANGI PUTRAJAYABERITA BAIK UNTUK ANDA BAKAL PERUNDING HARTANAH!

Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan mengadakan “Negotiator Certification Course (NCC)” pada:-โœ… Tarikh : 21 – 22 May 2022โœ… Hari : Sabtu – Ahadโœ… Masa : 9.00 AM – 5.30 PMโœ… Lokasi : Institut Semarak Felda (ISEF) No.5, Persiaran Institusi Kawasan Bangi 43000 Kajang Selangor Darul Ehsanhttps://goo.gl/maps/UL4mN1pMFHFrYmaWAYuran : RM600 seorang# Tempat adalah terhad# Daftar Segera di ๐Ÿ‘‡๐Ÿปhttps://peham.onpay.my/order/form/nccpehamSebarang pertanyaan:018-284 5843 (En Khidir)013-308 3063 (En Faiz)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak 1443H

Asalamualaikum Wrt

Alhamdulillah pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia Nya
maka dapatlah kita sekali lagi berpeluang menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan 1443H pada tahun 2022.

Seperti yang diketahui umum bahawa bulan ramadhan yang penuh barokah ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh
seluruh umat islam sedunia, kerana di bulan itulah umat islam telah diperintahkan oleh allah swt agar melaksanakan
rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan, selaras dengan firman allah swt di dalam surah Al-baqarah
ayat 183 “ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆู†ูŽ” yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman,

diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu menjadi hamba yang
bertaqwa.” TAQWA adalah suatu matlamat yang menjadi idaman kepada seluruh umat islam bagi mencapai kriteria sebagai
hamba Nya yang soleh dan solehah, Berpuasa bukan sahaja bermaksud kita harus menahan diri dari lapar dan dahaga di
siang hari tetapi ianya juga adalah suatu ujian praktikal bagi umat islam melatih dan menahan diri dari melakukan
segala bentuk perbuatan keji dan mungkar samada melalui pandangan mata,pertuturan lisan mahupun pendengaran telinga.
oleh sebab itu kita digalakkan oleh Allah swt agar meningkatkan amalan di bulan ibadah ini dengan mentadabur al-quran
serta berzikir yang secara tidak langsung mampu menyucikan hati dan menghindarkan diri dari segala perasaan hasad
dengki,khianat serta nafsu amarah yang disifatkan sebagai suatu sifat yang amat berbahaya bagi umat manusia.

Bagi pihak Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) kami ingin mengajak seluruh perunding-perunding hartanah
di dalam negara untuk kembali bermuhasabah diri mencari makna yang mendalam erti sebagai seorang muslim, natijah daripada
berpuasa ini kita haruslah kembali kepada fitrah asal dan mendekatkan diri kepada AllAH swt serta memperindahkan hati-hati
kita agar di selaputi bersama aura yang positif supaya ianya menjadi asbab kebaikan dan kemudahan di dalam setiap urusan kerja
harian yang akan dilakukan, ianya selari dengan kehendak agama islam sebagaimana yang telah di perintahkan oleh Allah swt
melalui ibadah berpuasa yang melatih diri agar perbanyakkan bersabar di dalam segala perkara yang di lakukan termasuk menangani
pelbagai karenah manusia mahupun pelanggan ketika berurusan di dalam kerja. Sesungguhnya pekerjaan perunding hartanah ini adalah
suatu pekerjaan yang mulia dan banyak memberi manfaat terhadap masyarakat di luar sana bagi membantu mendapatkan rumah atau
hartanah idaman mereka,oleh itu kita haruslah mengekalkan kualiti, disiplin serta intergriti yang tinggi secara konsisten agar
pekerjaan yang dilakukan ini sentiasa mendapat berkat dari Allah swt.

Peham juga ingin menyeru tuan puan diluar sana untuk meneruskan hasrat berjihad dijalan Allah dengan perbanyakkan
bersedekah serta membantu golongan asnaf fakir miskin atau mereka yang memerlukan, mudah mudahan kita diberikan ganjaran
yang besar oleh Allah swt diatas setiap perbuatan serta amalan murni tersebut. Di kesempatan ini juga bagi pihak Peham
saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada seluruh umat islam seluruh
Malaysia.

Sekian terima Kasih

Sr Tn Hj Ishak Bin Ismail
Presiden PEHAM