NCC BANGI PUTRAJAYABERITA BAIK UNTUK ANDA BAKAL PERUNDING HARTANAH!
Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan mengadakan “Negotiator Certification Course (NCC)” pada:- Tarikh : 21 – 22 May 2022 Hari : Sabtu – Ahad Masa : 9.00 AM – 5.30 PM Lokasi : Institut Semarak Felda (ISEF) No.5, Persiaran Institusi Kawasan Bangi 43000 Kajang Selangor Darul Ehsanhttps://goo.gl/maps/UL4mN1pMFHFrYmaWAYuran : RM600 seorang# Tempat adalah terhad# Daftar Segera di https://peham.onpay.my/order/form/nccpehamSebarang pertanyaan:018-284 5843 (En Khidir)013-308 3063 (En Faiz)
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpg00NCC PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgNCC PEHAM2022-04-12 10:01:282022-06-29 14:02:35NCC 21-22 MAY 2022 (BANGI/PUTRAJAYA)
Alhamdulillah pertama sekali marilah kita memanjatkan rasa Syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia Nya maka dapatlah kita sekali lagi berpeluang menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadhan 1443H pada tahun 2022.
Seperti yang diketahui umum bahawa bulan ramadhan yang penuh barokah ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam sedunia, kerana di bulan itulah umat islam telah diperintahkan oleh allah swt agar melaksanakan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan, selaras dengan firman allah swt di dalam surah Al-baqarah ayat 183 “يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, agar kamu menjadi hamba yang bertaqwa.” TAQWA adalah suatu matlamat yang menjadi idaman kepada seluruh umat islam bagi mencapai kriteria sebagai hamba Nya yang soleh dan solehah, Berpuasa bukan sahaja bermaksud kita harus menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari tetapi ianya juga adalah suatu ujian praktikal bagi umat islam melatih dan menahan diri dari melakukan segala bentuk perbuatan keji dan mungkar samada melalui pandangan mata,pertuturan lisan mahupun pendengaran telinga. oleh sebab itu kita digalakkan oleh Allah swt agar meningkatkan amalan di bulan ibadah ini dengan mentadabur al-quran serta berzikir yang secara tidak langsung mampu menyucikan hati dan menghindarkan diri dari segala perasaan hasad dengki,khianat serta nafsu amarah yang disifatkan sebagai suatu sifat yang amat berbahaya bagi umat manusia.
Bagi pihak Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) kami ingin mengajak seluruh perunding-perunding hartanah di dalam negara untuk kembali bermuhasabah diri mencari makna yang mendalam erti sebagai seorang muslim, natijah daripada berpuasa ini kita haruslah kembali kepada fitrah asal dan mendekatkan diri kepada AllAH swt serta memperindahkan hati-hati kita agar di selaputi bersama aura yang positif supaya ianya menjadi asbab kebaikan dan kemudahan di dalam setiap urusan kerja harian yang akan dilakukan, ianya selari dengan kehendak agama islam sebagaimana yang telah di perintahkan oleh Allah swt melalui ibadah berpuasa yang melatih diri agar perbanyakkan bersabar di dalam segala perkara yang di lakukan termasuk menangani pelbagai karenah manusia mahupun pelanggan ketika berurusan di dalam kerja. Sesungguhnya pekerjaan perunding hartanah ini adalah suatu pekerjaan yang mulia dan banyak memberi manfaat terhadap masyarakat di luar sana bagi membantu mendapatkan rumah atau hartanah idaman mereka,oleh itu kita haruslah mengekalkan kualiti, disiplin serta intergriti yang tinggi secara konsisten agar pekerjaan yang dilakukan ini sentiasa mendapat berkat dari Allah swt.
Peham juga ingin menyeru tuan puan diluar sana untuk meneruskan hasrat berjihad dijalan Allah dengan perbanyakkan bersedekah serta membantu golongan asnaf fakir miskin atau mereka yang memerlukan, mudah mudahan kita diberikan ganjaran yang besar oleh Allah swt diatas setiap perbuatan serta amalan murni tersebut. Di kesempatan ini juga bagi pihak Peham saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan ramadhan kepada seluruh umat islam seluruh Malaysia.
Sekian terima Kasih
Sr Tn Hj Ishak Bin Ismail Presiden PEHAM
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpg00NCC PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgNCC PEHAM2022-04-03 11:15:502022-04-03 11:15:54Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak 1443H
TAK MAHIR NAK BUAT POSTER? SUSAH LA NAK BUAT DESIGN NI….
Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) membawakan BENGKEL GRAFIK CANVA PRO kepada semua ahli persatuan dan terbuka juga untuk pemain industri hartanah yang lain. Webinar kali ini PEHAM menjemput Ts Mohd Izuddin Ismail dari Tarbiah Kreatif untuk berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan topik ini dengan tutorial secara hands on..
Selain itu, peserta juga akan mendapat SIJIL PENYERTAAN & akaun canva pro selama setahun bernilai RM499 SECARA PERCUMA!!!
Pendaftaran untuk webinar mengikut kategori adalah seperti berikut:
1. Ahli PEHAM – RM80/pax 2. Bukan Ahli/Terbuka – RM100/pax 3. 3 CPD Point – RM120/pax.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat PEHAM di talian 011-27118780
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2021/08/bengkel_canva_pro_peham.jpg7631080Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2021-08-11 22:46:432021-08-11 22:47:50Bengkel Grafik Canva Pro
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM).
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 (PEHAM) akan berlangsung pada :
Tarikh : 29 September 2020 (Selasa)
Masa : 8.00pg – 1.00ptg
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya.
InsyaAllah Presiden PEHAM sendiri akan berkongsi berkenaan persediaan kita sebagai REN/PEA/REA dalam menghadapi Pasca Moratorium yang bakai kita lalui sedikit masa lagi.
GRAND PRICE Lucky Draw kita tahun ni pula merupakan Mountain Bike Veego + Shimano Gear
Sama-sama kita meriahkan majlis AGM kali ini. Mana tau boleh bawak balik basikal
Jumpa esok ya semua.
Terima Kasih.
“MAJU BERSAMA PEHAM”
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2020/09/AGM-PEHAM.jpg960686Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2020-09-28 11:47:182021-08-11 22:25:23MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6 (PEHAM)
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2020/06/Raya.jpg20482048Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2020-05-24 08:29:002021-08-12 00:01:15Perutusan Aidilfitri Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) 1441H/2020M
Telah selesai sesi Estate Agent TPC Webinar oleh PEHAM pada 18 Mei 2020 bersama rakan-rakan PEA dari pelbagai agensi. Moga apa yang disampaikan memberi manfaat kepada semua, dan selamat berjaya kepada semua bakal REA
Jumpa lagi dalam webinar TPC bahagian 2 yang akan datang.
“MAJU BERSAMA PEHAM”
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2020/06/98181303_2901645379951199_5329528336676814848_n.jpg676960Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2020-05-19 09:24:012021-08-12 00:01:19Webinar Ujian Kecekapan Profesional (Test of Professional Competence – TPC) untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar
Telah berlangsung Negotiator’s Certification Course by PEHAM di Real Property, Shah Alam pada 14 dan 15 Mac 2020.
Semoga ilmu yang dicurahkan bermanfaat untuk semua bakal-bakal REN ini nanti.
“MAJU BERSAMA PEHAM”
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2020/06/Shah.jpg720960Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2020-05-16 11:42:002021-08-11 23:59:36Negotiator’s Certification Course di Shah Alam
https://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpg00Media PEHAMhttps://peham.org.my/wp-content/uploads/2018/07/logopeham.jpgMedia PEHAM2020-05-04 08:09:002020-06-01 09:40:41Kenyataan Rasmi PEHAM 03 Mei 2020 Berkenaan Pelaksanaan PKPB
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1441H kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan kesulitan.