๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐’๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐๐„๐‡๐€๐Œ & ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š ๐‘๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ฒ ๐๐ข ๐๐€๐Š๐€๐“๐’, ๐Š๐ฅ๐š๐ง๐ 

Alhamdulillah, pada 22 Mac yang lalu, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) dengan kerjasama Alam Harta Realty telah berpeluang mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan di Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATS), Klang.

PAKATS merupakan rumah kebajikan yang memberi perlindungan khas kepada anak-anak Islam yang dijangkiti HIV โ€“ kebanyakannya kehilangan ibu bapa akibat AIDS. Seramai 17 orang anak-anak istimewa kini berada di bawah jagaan penuh PAKATS, dengan lebih 50 orang pernah melalui penjagaan mereka sejak ia ditubuhkan.

PAKATS turut menyediakan rawatan perubatan lengkap termasuk ubat HIV, pemantauan kesihatan berkala di hospital kerajaan, serta sesi kaunseling untuk anak-anak ini. Maklumat lanjut tentang PAKATS boleh didapati di laman rasmi mereka: https://pakats.org.

Majlis ini turut disertai oleh sekitar 20 orang perunding hartanah daripada Alam Harta Realty. Selain sumbangan berbuka puasa, duit raya juga telah diberikan kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang dan sokongan moral kepada mereka.

Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka di bulan mulia ini dan semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan niat yang ikhlas ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

#MajuBersamaPEHAM

#AlamHartaRealty

#pakats