17.03.2025 Kunjungan Hormat dan Majlis Berbuka Puasa, Barisan Kepimpinan dan Exco PEHAM ke Malaysian Institute of Property and Facility Managers (MIPFM) di Kuala Lumpur.
Banyak idea yang dibincangkan, terutama bagaimana kedua-dua persatuan dan institusi dapat bekerjasama dalam menghadapi cabaran semasa dan memanfaatkan peluang untuk kebaikan ahli serta penggiat industri hartanah.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Presiden MIPFM, PMgr Sr Haji Ishak bin Ismail dan Barisan Kepimpinan MIPFM atas layanan dan penerimaan yang baik atas kunjungan ini.
Kami berharap agar pertemuan ini menjadi titik permulaan untuk membentuk kerjasama strategik antara PEHAM dan MIPFM di masa hadapan. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudah dalam menjayakan inisiatif bersama.