Ucapan Presiden PEHAM Sempena Tahun Baru 2020

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua para pendukung dan pejuang hartanah yang dihormati sekalian. Kita akan menyambut tahun baru 2020 pada esok hari, saya selaku Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru.

Saya ingin mengajak diri saya dan semua para pejuang sekalian untuk kita memperbaharui visi dan misi kita. Tentunya idaman kita adalah untuk menjadi hamba Allah yang diredhai di dunia dan akhirat dan harapan besar kita adalah semoga kita dapat bertemu dengan Allah S.W.T. di syurga nanti.

Tentunya membawa visi yang besar ini, maka kita harus menggandakan usaha untuk kita memberi yang terbaik dalam hidup ini. Insyaallah saya yakin bahawa nilai-nilai universal, jujur, tanggungjawab, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin tentunya merupakan nilai yang perlu kita hidupkan untuk menghadapi tahun 2020 dan segala rintangan, ujian dan ombak yang mungkin membadai pada tahun 2020 ini.

Maka saya mengajak diri saya dan semua sahabat2 sekalian untuk memastikan karakter kita dibina dengan keyakinan yang teguh, keberanian yang tinggi dan mempunyai sifat kesabaran dan rasa syukur terhadap Ilahi.

Insyaallah kita bentuk semua ini melalui mekanisma yang telah pun siap disediakan kepada kita melalui solat, puasa, zakat dan juga ajakan untuk kita mengerjakan haji. Jadi saya berharap supaya pada tahun 2020 ini merupakan tahun kejayaan buat semua, pastikan supaya kita melengkapkan perancangan tahunan kita dengan kemas dan perancangan itu adalah perancangan yang boleh diukur dengan jelas dan teruskan tindakan dengan berkesan, adakan senarai semak kerja setiap hari sebelum memulakan kerja dan pastikan perkhidmatan kita lebih baik serta dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan-pelanggan kita.

Selamat menyambut Tahun Baru 2020, sinar kebahagian menanti anda insyaallah.

Tuan Haji Sr Ishak Ismail -Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia-

“Maju Bersama PEHAM”

Negotiator’s Certification Course di Putrajaya

Telah selesai sudah Real Estate Negotiator’s Registration Course (NCC) anjuran PEHAM bertempat di Kaizen Group Training Centre Putrajaya pada 28-29 Disember 2019.

Sesi NCC terakhir anjuran PEHAM pada tahun ini.

Semoga ilmu yang disampaikan akan dimanfaatkan sebaiknya oleh bakal REN InsyaAllah.

“Maju Bersama PEHAM”

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ketiga

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali kedua telah berlangsung pada 23 Disember 2019 di IM Global Property Consultants di Desa Pandan.

Nantikan makluman selanjutnya daripada PEHAM

#majubersamapeham

Negotiator’s Certification Course di Putrajaya

Telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember, Real Estate Negotiator’s Certification Course (NCC) anjuran PEHAM bertempat di IM Global Property Consultants Sdn Bhd (Putrajaya)

Semoga berjaya diucapkan kepada semua bakal REN 🤲🏻

“Maju Bersama PEHAM”

Muka gembira peserta NCC pada hari terakhir

Negotiator’s Certification Course di Kuantan, Pahang

Telah selesai Real Estate Negotiator’s Certification Course anjuran PEHAM bertempat di Legacy Property Training, Kuantan selama 2 hari (14 & 15 Disember 2019).

Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dicurahkan oleh speaker jemputan InsyaAllah 👍🏻

“Maju Bersama PEHAM”

Negotiator’s Certification Course di Rizq Realty

PEHAM telah menganjurkan Negotiator’s Certification Course (NCC) di Rizq Realty, Gombak. Ia telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Disember 2019.

Tahniah kepada kepada semua yang menyertai NCC pada kali ini.

“Maju Bersama PEHAM”

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kedua

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali kedua telah berlangsung pada 25 November 2019 di IM Global Property Consultants di Desa Pandan.

Nantikan makluman selanjutnya daripada PEHAM

#majubersamapeham

Negotiator’s Certification Course di Desa Pandan

Pada 16 dan 17 November telah berlangsung Negotiator’s Certification Course (NCC) di IM Global Property Consultants, Desa Pandan.

Program ini telah dianjurkan oleh PEHAM kepada peserta yang ingin menjadi seorang perunding hartanah.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

“Maju bersama PEHAM”

Negotiator’s Certification Course (NCC) di Pulau Pinang

Telah berlangsung program Negotiator’s Certification Course (NCC) anjuran PEHAM di Bertam, Pulau Pinang. Ia telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 9 dan 10 Oktober 2019.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEHAM Kali Pertama

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEHAM Kali Pertama di Sentrio Pandan, Desa Pandan KL.

Brainstorming AJK telah diadakan di mana portfolio jawatankuasa telah ditentukan dan aktiviti sepanjang tahun telah dirancang untuk ahli-ahli persatuan.

InsyaAllah nantikan makluman dari PEHAM 👍🏻

#majubersamapeham