Muamalat Harta Tanah Menurut Sudut Pandang Syariah
/in Aktiviti/by NCC PEHAM*اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته*
Buat julung2 kalinya Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) akan menganjurkan Forum islami bertajuk ” *Muamalat Harta Tanah Menurut Sudut Pandang Syariah* “
Forum ini akan menampilkan ahli – ahli panel yang bukan sahaja hebat dipersada negara tetapi juga dipersada antarabangsa;
Ahli panel yang akan ditampilkan ialah :
Sr Tn Hj Ishak Ismail, Presiden PEHAM
Sheikh Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Elzar Group of companies
En Razi Pahlavi Bin Abdul Aziz, Kumpulan Amanie
Ketiga-tiga ahli panel akan mengupas isu-isu yang berkaitan dengan muamalat harta tanah menurut sudut pandang syariah yang mungkin tidak banyak diketahui secara mendalam oleh masyarakat islam umumnya & pemain industri harta tanah khususnya.
Oleh itu, PEHAM ingin menjemput anda semua untuk beramai-ramai menyertai forum ilmiah ini yang akan dianjurkan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Ogos 2022 (Jumaat)
Waktu : 3.00pm – 5.00pm
Tempat : Zoom online meeting
Bayaran : RM20 seorang
1 mata *CPD* telah dipohon kepada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPEPH)
Untuk penyertaan, sila klik pautan di bawah :
https://peham.onpay.my/order/form/8
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
:0182845843 (En Khidir) :0123097858 (Pn Bayati)

NCC JULAI & OGOS 2022
/in Aktiviti/by NCC PEHAM
30-31 JULAI 2022 (Sabtu & Ahad)
16-17 OGOS 2022 (Selasa & Rabu)
27-28 OGOS 2022 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9.00 AM – 5.30 PM
Lokasi : 32A, Nadi 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62050, Putrajaya https://maps.app.goo.gl/u3DGKem1U4T13Zpa6 NCC merupakan kursus yang diwajibkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPEPH) kepada individu yang ingin mendaftar sebagai Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di agensi-agensi hartanah berdaftar. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM600 seorang. # Tempat adalah terhad # Daftar Segera di
https://peham.onpay.my/order/form/nccpeham Sebarang pertanyaan: 018-284 5843 (En Khidir) 013-308 3063 (En Faiz)Mesyuarat Khas EGM kali-1 PEHAM MALAYSIA
/in Uncategorized/by NCC PEHAM
16 Jun 2022Putrajaya, telah berlangsung sebuah majlis rasmi pembukaan Ibu Pejabat Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia yang bertempat di Presint 15 Diplomatik Putrajaya. Majlis gimik pemotongan reben ini di sempurnakan sendiri oleh Sr Tn Hj.Ishak Bin Ismail selaku Presiden PEHAM.Majlis kemudian diteruskan dengan Mesyuarat Agung Khas (EGM) kali-1tahun 2022 yang dihadiri oleh seluruh barisan kepimpinan , jawatankuasa serta ahli-ahli peham .beberapa pindaan penting persatuan telah di usulkan bagi kemajuan bersama di masa akan datang.Majlis yang kemudian tamat kira-kira jam 1 tengahari itu di sudahi dengan jamuan makan dan sesi bergambar. “MAJU BERSAMA PEHAM”
Bengkel Amalan Ejen Hartanah bagi persediaan ke TPC Interview oleh Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM)
/in Aktiviti/by NCC PEHAM
Pertandingan Boling Piala Presiden PEHAM 2022
/in Aktiviti/by NCC PEHAM
Pertandingan Boling Piala Presiden PEHAM 2022 telah melabuhkan tirai pada 18 Jun 2022 (Sabtu) yang lalu,Program yang dirasmikan oleh Timb.Presiden Peham iaitu Tuan Muhazrol Muhammad ini disertai sebanyak 28 pasukan dari pelbagai Agensi Hartanah seluruh negara dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Program diakhiri dengan upacara penyampai hadiah serta ucapan terima kasih dari Pengarah Event iaitu Tn.Wahab Haroon merangkap Exco Sukan Peham Malaysia.Tahniah kepada para peserta dan pemenang serta semua pihak yang terlibat! jumpa lagi dalam pertandingan masa akan datang. “MAJU BERSAMA PEHAM
TAHNIAH
/in Uncategorized/by Media PEHAMSeluruh warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang ke-17.
PEHAM MALAYSIA

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku
/in Uncategorized/by NCC PEHAMMerafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,Sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Pada 6 Jun 2022, Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H. Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan senantiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya.
Sembah takzim daripada:Kepimpinan pusat & Warga Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia
“MAJU BERSAMA PEHAM”




