Makluman Berkaitan Penangguhan NCC Anjuran PEHAM

Dukacita dimaklumkan NCC anjuran PEHAM akan ditangguhkan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan sehingga diberitahu kelak.

Bagi peserta yang telah menghadiri kursus NCC pada 7-8 Mac (Temerloh) dan 14-15 Mac (Shah Alam), akan berlaku kelewatan dalam pengeluaran sijil NCC berikutan penutupan LPEPH sehingga 31 Mac 2020.

Maklumat lanjut akan diberitahu dari masa ke semasa.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

#stayhome #staysafe

Makluman Pembatalan Program Momentum 2020

Dukacita dimaklumkan kepada ahli-ahli yang telah mendaftar bagi Program Momentum 2020 anjuran iProperty, program ini telah dibatalkan berikutan CoVid19 mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harap maklum.

-Sekretariat PEHAM-

Negotiator’s Vertification Course di HartaGrid Properties

Alhamdulillah selesai Negotiator Certification Course anjuran PEHAM di HartaGrid Properties, Puchong yang berlangsung pada 15 dan 16 Februari 2020.

Selamat berjaya kepada bakal-bakal REN semua.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Kelima

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali kedua telah berlangsung pada 21 Februari 2020 di IM Global Property Consultants di Desa Pandan.

Nantikan daripada PEHAM

#majubersamapeham

Kemaskini Forum 2020 Property Market

Telah selesai Forum 2020 Property Market anjuran PEHAM, terima kasih kepada semua panel jemputan yang berpengalaman dan peserta dalam menjayakan program ini.

Moga beroleh ilmu yang bermanfaat.

“MAJU BERSAMA PEHAM”

Kemas Kini Pertandingan Bowling Piala Presiden PEHAM 2020

Alhamdulillah telah selesai Pertandingan Bowling Piala Presiden PEHAM 2020

Johan – Island Property Consultant Putrajaya N. Johan – Nasir Sabaruddin & Associates Ketiga – Ireal Property Keempat – Rescom Realty Kelima – HEBAT Realtors Best Bowler(L) – Hasrul Azhar (Rescom) Best Bowler(P) – Ena Noor (iRealty) Pasukan Paling Ceria – Rescom Realty

Tahniah buat semua pemenang dan peserta, jumpa lagi tahun hadapan InsyaAllah 🎳

“MAJU BERSAMA PEHAM”

https://www.facebook.com/peham.gov/videos/711637785909510

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali keempat

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali kedua telah berlangsung pada di IM Global Property Consultants di Desa Pandan.

Nantikan makluman selanjutnya daripada PEHAM

#majubersamapeham

Ahli Jawatankuasa sedang fokus dalam perbincangan

Forum: 2020 Property Market – Where are We Heading?

Bersempena dengan semangat tahun baru 2020 ini, PEHAM akan menganjurkan satu forum terbuka seperti berikut:

Tarikh : 18 Februari 2020 (Selasa) Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari Tempat : Dewan Nusantara, INSPEN Bangi CPD : 3 CPD APPLIED

Temui panel penceramah yang berpengalaman dalam dunia hartanah:

SR. Tn. Hj Ishak Ismail (Presiden PEHAM) Merupakan Pengasas kepada syarikat IM Global Property Consultants Sdn Bhd dan juga merupakan ahli dalam Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta. Terlibat dalam pelbagai portfolio latihan di semua institusi kerajaan dan swasta terutamanya dalam mendidik anak-anak bangsa untuk celik hartanah.

SR. Aina Edayu Binti Ahmad (Pengarah NAPIC) Merupakan ahli Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta.

SR. Sulaiman Akhmady Mohd Saheh Merupakan Pengarah Research & Strategic Planning di Syarikat Rahim & Co. Bergiat aktif berkongsi info tentang hasil analisa Kajian Pasaran Hartanah dengan pemain-pemain hartanah.

==============================

Antara topik yang bakal dibincangkan : – Halatuju pasaran hartanah 2020 – Sektor hartanah yang mempunyai permintaan tinggi – Bagaimana untuk menasihati pelanggan bagi pelaburan hartanah 2020

Dan… banyak lagi!

==============================

Yuran Penyertaan πŸ‘‡πŸ»

AHLI:RM50 (REN) | RM100 (REA/RV)

BUKAN AHLI:RM100 (REN) | RM150 (REA/RV)

==============================

Untuk pendaftaran:

TEKAN LINK >> https://forms.gle/bsxgtNNS31PD3QQn6 TEKAN LINK >> https://forms.gle/bsxgtNNS31PD3QQn6 TEKAN LINK >> https://forms.gle/bsxgtNNS31PD3QQn6

Atau boleh hubungi πŸ‘‡πŸ»

011-2711 8780 (ASWAD) | 019-2890 218 (ROSNIZA)

Kejohanan Bowling Piala Presiden PEHAM 2020

Tarikh : 30 Januari 2020 (Khamis) Masa : 10 Pagi hingga 1 petang Tempat : Ampang Superbowl, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi Dirasmikan oleh : YB Sr Hj Ishak Ismail (Presiden PEHAM) Penyertaan : Terhad 28 pasukan sahaja!

Format dan SyaratΒ² Kejohanan

1. Pertandingan ini adalah pertandingan inter Agensi Hartanah. Terhad Kepada 28 Pasukan sahaja. Setiap Agensi boleh menghantar maksimum 2 pasukan sahaja.

2. Pertandingan akan dijalankan secara kumpulan campuran terdiri daripada EMPAT (4) peserta dalam satu kumpulan. Setiap pasukan WAJIB sekurang-kurangnya terdiri dari SEORANG peserta wanita/lelaki.

3. Pemain WAJIB berdaftar di bawah BOVEA. ID REN (Real Estate Negotiator), PEA (Probationary Estate Agent), REA (Registered Estate Agent), PV (Probationary Valuer), RV (Registered Valuer), PPM (Probationary Property Manager) dan PM (Property Manager) tersebut mestilah di bawah bersama semasa hari pertandingan

4. Setiap pemain WAJIB membawa/memakai stokin sendiri. Caj RM4 untuk sepasang stokin dikenakan sekiranya peserta tidak membawa stokin sendiri.

5. Pemenang kejohanan ini akan ditentukan berdasarkan mata tertinggi setelah tamat TIGA (3) FRAME. Hadiah disediakan terdiri daripada:

Hadiah Berkumpulan -Tempat Pertama (Johan) -Tempat Kedua -Tempat Ketiga -Tempat Keempat -Tempat Kelima -Pasukan Paling Ceria (Ditentukan oleh pihak penganjur)

Hadiah Individu -Best Bowler Lelaki -Best Bowler Wanita -Cabutan Bertuah

6. Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri selepas pendaftaran, yuran pendaftaran di kira hangus.

7. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Penganjur Bowling Piala Presiden PEHAM 2020 dan keputusan adalah muktamad.

8. Selain dari peraturan yg dinyatakan, pihak penganjur kejohanan adalah berhak meminda peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

9. Yuran penyertaan setiap pasukan sebanyak RM150πŸ‘‡πŸ» Maybank PEHAM:564548139004 (Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia)

Untuk pendaftaran:

Isi FORM di bawah πŸ‘‡πŸ‘‡ :https://forms.gle/Zm53vxnyN3wWweCc9

atau boleh hubungi πŸ‘‡πŸ‘‡ : 1) 011-2711 8780 (ASWAD) 2) 013-308 3063 (FAIZ)